Monday 26 December 2022

DOHA ~ HERE WE COME (DAY 6)


 Assalamualaikum wbt...

Hari keenam.... pagi tu kami breakfast special nasi lemak daun pisang.. mak masak.. bagi sikit jugak kat jiran dan kawan Mr Zauji..

Hari keenam Mr Zauji dah off 4 hari.. so baru dpt jalan jauh sikit..

Lepas Zohor Mr Zauji bawak kami jalan2 area Al-Sadd.. tgk rumah lama (apartment) masa kami mula2 duduk Qatar dulu.. hehe rindu betul Al-Sadd... dh bnyk berubah area situ.. betul2 belakang bangunan apartment kami duduk dulu dah ada Hotel Hilton dan dah ada beberapa mall yang dah bukak.. bertambah jem lah area situ huhu rumah2 kat situ pun semua harga sewa melambung naik..

Lepas tu kami pergi Doha Souq area Al Sadd untuk makan qokio (korean food)... Mr Zauji dh janji dgn Salsabila nak bwk mkn kat situ..






Ne lah antara makanan yang kami order.. semua sedap.. suka sgtlah kan Salsabila dpt mkn korean food...







unik sinki dia..


Lepas tu kami beli jus buah kat Vitamin Palace depan Doha Souq ne.. teringat dulu mlm2 kami bertiga  jalan kaki dari rumah pergi beli jus kat situ... rindunya life masa dok Qatar dulu huhu





Kedai Vitamin Palace ne dah tak sebesar dulu.. kawasannya dah kecik sikit sebab ada sebahagian kedai asal Vitamin Palace ne dah dijadikan kedai shawarma/sandwich..  buah2an yang dorg bentukkan bentuk love tu pun dah tak bnyk mcm dulu.. kalau dulu amik gambar penuh dengan view buah2an..





so nyummy.. manis betul tapi sedap hahah

Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Al Bidda Park amik gambar.. Qatar bnyk sgt park.. view semua cantik2...






Oh ya.. kat Qatar Salsabila teringin nak pakai Niqab.. ummi ckp pakailer anak hehe






Masa ne peluh menitik2 tapi tahan jelah sbb nak gambar cantik punya pasal hahaha angin ada gak lah bertiup tapi angin bahang...


Dah puas bergambar kami pergi Katara Cultural Village.. 

Kalau sampai Katara, dari jauh dah nampak bangunan unik ne... bangunan kotak hadiah yang besar.. dalam bangunan tu ada kedai jual mainan.. comel kan bangunan dia..



Katara Cultural Village ne pusat aktiviti keseniaan dan kebudayaan..

Bangunan kat sini semua cantik2.. terdapat juga masjid yg sgt indah dan sering disebut Blue Mosque.. kami tak sempat nak singgah masjid tu.. next time InsyaAllah.. sebelah masjid tu ada satu bangunan khusus untuk rumah burung..

Kat situ ada juga food street.. kami singgah beli churros.. kedai2 kat situ pun comel2.. dibina berasaskan kayu dan dihias dengan lampu2... ceria betul..



Lepas tu kami naik kawasan berbukit kat situ untuk bergambar..









Mula2 kami ingatkan bangunan belakang tu istana lama ke kan.. rupa2nya restoran.. klasik bangunan dia..


Malam tu kami singgah makan di Afgan Brothers.. nasi arab yang paling sedap di abad ini di Qatar.. hahah baik betul punya promote huhu


Afghan Brothers ne wajib singgah kalau kami datang Qatar.. dekat je dgn rumah Mr Zauji di Wakra.. Masa dok Al Sadd dulu pun ada 1 kedai Afghan Brothers ne.. 

ikan bakar



Kedai ne ada bilik2 khas utk family makan.. so privacy lah sikit.. ada set 'majlis' boleh bersandar santai2 lepak.. selesa.. dan plg best kalau dh masuk waktu solat, mintak sejadah kat pekerja situ dan terus je solat  kat situ.. wuduk boleh ambil di toilet luar bilik ne.. kalau xde sejadah, solat kat carpet tu pun boleh.. bersih carpet dia..


Ok sampai sini je dulu.. nanti sambung lagi... wassalam...


26/12/2022 ~ 6.38pm


No comments:

Post a Comment

EID MUBARAK AT DOHA, QATAR ~ JUN 2023 (PART 3)

 Assalamualaikum wbt... 27  Jun 2023... Hari ni lepak rumah je sebab kami semua puasa hari Arafah.. memandangkan walid berbuka kat office sb...