Tuesday 27 October 2015

UK TRIP - EDINBURGH, SCOTLAND (PART 1)

Assalamualaikum wbt....

Destinasi pilihan kami sekeluarga seterusnya ialah Edinburgh, Scotland. Edinburgh adalah ibu negara Scotland dan juga merupakan kota kelahiran Alexander Graham Bell iaitu seseorang yang dikenali kerana telah berjaya mencipta telefon. Selain itu, keindahan landskap kotanya dengan pelbagai bangunan tua yang telah dibangunkan lebih dari empat abad lalu menjadikan kota ini terkenal di seluruh dunia.

Kami bertolak ke Edinburgh pada 4 Oktober 2015 dengan menaiki penerbangan Qatar Airways pada pukul 7.45 pagi. Penerbangan mengambil masa lebih kurang 7 jam.



Sepanjang dalam flight, alhamdulillah cuaca dalam keadaan baik. Cuma masa dah nak dekat landing tu kabus agak tebal menyebabkan kapal beberapa kali bergoyang... cuak juga hehe... walau mcm mn pun alhamdulillah kami akhirnya selamat landing..

Masa kami sampai Edinburgh Airport tu suhu lebih kurang 10 darjah celcius.. boleh tahan sejukkkk... walid cakap bersiap sedialah nak jadi frozen lps ne...

Airport Edinburgh takdelah besar sangat... jadi urusan imigresen dan pengambilan luggage menjadi cepat dan mudah... imigresen dorg pun friendly... 


Lepas amik gambar kat luar airport, kami terus beli tiket trams utk ke hotel. Harga tiket trams utk dewasa ialah GBP5 seorang dan kanak-kanak GBP2.5 seorang. 





Perjalanan nak ke hotel tak sampai setengah jam... kami menginap di Waldorf Astoria Hotels & Resorts. Lokasi hotel ini ialah di tengah2 bandar dan betul-betul di hadapan Princess Street.


View bilik hotel kami mengadap edinburgh castle... waktu malam lagi cantik view hotel ne... 



Lepas berehat dan solat, kami keluar jalan-jalan di sekitar Princess Street. 



Beli poskad kononnya nak pos kat atok nenek salsabila hehe tp akhirnya elok je tersimpan bwk blk qatar...


Hari pertama di Edinburgh kami lebih banyak cuci mata kat kedai2 souvenir dan jalan2 sekitar Princess Street saja... Memandangkan kami tengok salsabila agak keletihan jadi kami mengambil keputusan balik semula ke hotel... lagipun masa tu hari dah nak malam... jadi malam tu kami tidur agak awal... dengan harapan hari kedua dan seterusnya kami lebih bertenaga dan bersemangat untuk meneruskan kembara kami di bumi Scotland ini...... :)




No comments:

Post a Comment

EID MUBARAK AT DOHA, QATAR ~ JUN 2023 (PART 3)

 Assalamualaikum wbt... 27  Jun 2023... Hari ni lepak rumah je sebab kami semua puasa hari Arafah.. memandangkan walid berbuka kat office sb...