Assalamualaikum wbt....
Alhamdulillah syukur ummi dan walid terpilih untuk menunaikan ibadah haji tahun ini... rezeki yang tak disangka-sangka.. alhamdulillah syukur...
Di kala ummi sedang menaip entry ini, sudah 47 hari kami kembali dari tanah suci..
Ok so ummi nak story dari awal iaitu start dari proses permohonan rayuan haji sehingga kami pulang ke tanah air...
Kalau nak ikutkan giliran haji kami lambat lagi.. rasanya macam umur dah 100 lebih huhu..
Jadi kami buat keputusan untuk buat rayuan haji..
*****
Pada November 2023 kami telah mencuba nasib untuk buat rayuan haji melalui Pengelola Jemaah Haji (PJH) CS Holidays untuk pergi haji pada tahun 2024..
Tapi tak berjaya sbbnya hanya yang daftar haji sehingga tahun 2019 yang akan ditapis permohonan rayuan oleh Tabung Haji...
Jadi nama kami telah di 'removed' dari group wasap rayuan haji under PJH CS Holidays... sedihnya masa tu kena removed..
Kami pujuk hati... Allah masih belum jemput kami untuk menjadi tetamu agungNya... berdamailah dengan takdir...
Sebenarnya kami dah daftar haji tahun 2016.. tapi lepas2 tu kami ada keluarkan duit tabung haji tu untuk sedikit urusan.. masa tu staf Tabung Haji berkali-kali tanya betul ke nak keluarkan duit ni.. sbbnya kalau keluarkan duit nanti tahun giliran pergi haji jadi lagi lambat..
Memang sedihlah masa tu.. lepas tu ummi cakap dengan staf Tabung Haji "takpelah, jika sudah sampai masa kami pergi Haji nanti takkan cepat sesaat dan takkan lambat sesaat" lepas tu ummi senyum jelah..
Jika dah daftar haji, dalam akaun minimum perlu ada RM1300.00 dan pihak Tabung Haji akan 'freeze' kan jumlah tu tak boleh keluarkan... kalau nak keluarkan juga kena pergi kaunter Tabung Haji dan giliran haji akan terbatal..
Oh ya.. ramai ingat bila kita buka akaun tabung haji tu automatik dah daftar pergi haji... sebenarnya bukan.. lepas dah buka akaun, kita kena daftar haji pulak tau...
So pada tahun 2021 kami daftar haji semula...
*****
Rupa-rupanya ada hikmah rayuan haji kami tak diterima sbb tak lama lepas tu bln Mei 2024 kami dapat tau jantung walid ada problem maka berkampunglah kami beberapa hari di HUKM sbb walid kena pasang 'stent' kat jantung..
Dan tahun tu juga ummi miscarriage.. ibarat tahun 2024 tahun kedukaan dan kesedihan kami sekeluarga huhu...
Pada September 2024, sekali lagi staf CS Holidays iaitu kak May tanya walid nak try buat rayuan lagi tak untuk haji 2025..
So setelah berbincang, kami decide nak proceed sekali lagi rayuan haji...
*****
Pada 25 Oktober 2024, ummi balik kampung.. malam tu mak ummi ajak pergi kursus haji pagi esoknya tu.. ummi tanya mak dah siri keberapa kursus haji tu.. mak cakap esok baru siri 1.. ummi tetiba sebak sbb mmg tak sangka baru siri 1.. ingatkan ummi dah terlepas beberapa siri... Lepas tu terdetik dalam hati... Allah nak jemput pergi Haji ke ni..
![]() |
ada 13 siri kursus haji (26 Oktober 2024 - 18 Januari 2025) |
Ada beberapa siri ummi tak dapat join sbb ada urusan lain..
![]() |
slide yang TH share dalam kursus ada dalam buku ni... |
![]() |
siri 1 ummi pergi berdua dgn mak |
![]() |
biasanya kami lah paling awal datang kursus.. semangat... |
![]() |
anakanda kalau balik overnight pun akan join kursus.. |
![]() |
khusyuk.. |
*****
Pada 14 November 2024, kak May (agen CS Holidays) maklumkan yang nama kami dah dimasukkan dalam sistem untuk proceed rayuan haji...
Sebelum tu kami dah bayar deposit utk lock nama dan pilih pakej haji yang kami nak dengan mengisi borang yang diberi oleh pihak CS Holidays... sekiranya rayuan tidak berjaya deposit akan dipulangkan semula oleh pihak CS Holidays..
Pada 19 Disember 2024, permohonan rayuan haji telah dibuka menerusi THiJARI.. masa nak isi permohonan rayuan ni punyalah berdebar-debar takut tersalah isi huhu
Alhamdulillah tq kpd kak May guide kami cara nak isi permohonan rayuan... Rayuan haji ni dibuka sebingga 5 Februari 2025...
Masa ni mmg doa tak putus-putus supaya permohonan rayuan kami kali ni diterima...
Oklah setakat ni dulu.. nanti sambung lagi ye.. wassalam.
Dhuyufurrahman 1466H