Wednesday 30 November 2016

BOSPHORUS CRUISE


Assalamualaikum wbt.....


Ok sambung citer semalam ye...

Dah hbs makan di Restoran Safran tu, kami naik tram utk ke Eminonu..

Kad tram berharga 10 lira.. dan kami topup 20 lira je.. cukup utk 3hr 2 mlm.. sbb kami lbh bnyk jalan kaki je nak pergi dr satu tempat ke satu tempat yg lain...

Sampai Eminonu, kami naik Bosphorus Cruise.. harga tiket 15 lira seorang... budak2 umur 6 thn ke bawah free.. 

Perjalanan mengambil masa 2 jam.. 1 jam pergi dan 1 jam balik..




Menyusuri selat Bosphorus dan dpt melihat Turki dari dua posisi berbeza iaitu Eropah dan Asia..


Gambar kat bawah ne ialah Galata Bridge... Kat situ bnyk kedai ikan bakar...




Masa ne cuaca tersangatlah sejuk... kami on off lepak kat atas dan lepak kat cafe di bahagian bawah...

Kat cafe tu ada jual makanan ringan dan minuman panas/sejuk... kami beli 2 set kudapan (keropok dan kopi panas) berharga 10 lira each...




Pemandangan di sepanjang selat Bosphorus...



Bosphorus Bridge


Sepanjang perjalanan, kami ditemani burung-burung camar laut yg terbang rendah di cruise yg kami naik tu... nmpk jinak burung2 tu..



Balik dr Bosphorus Cruise, kami singgah makan di kedai bot di Eminonu..

Dipanggil kedai bot sbb dorg masak atas bot... ummi ckp ng walid.. dorg tak pening ke bot tu bergoyang2 sambil dorg masak atas tu hehe

Kami makan roti ikan atau org turki panggil balik ekmek... kami makan 2 roti ikan, 2 air jus dan wet tissue total berharga 20 lira... wet tissue tu sbb nak lap tangan.. dorg xde sinki nak cuci tangan..

roti ikan 


Ne pulak nasi kupang.. dalam kupang tu ada nasi..best sgt.. nak makan gitu je boleh atau nak perah limau pun boleh.. harga 10 lira..


Perut dh kenyang, kami pun berjalan balik ke hotel..

Otw balik hotel tu, kami sempat singgah kdi turkish delight... beli siap2 nak bwk balik Doha..




Pelbagai jenis turkish delight...





baklava
 Dalam banyak2 percutian, inilah first time kami berjalan smpi mlm... sbb Istanbul tmptnya malam2 lg meriah.. nak lg kedai2 makan nih.. hehe oklah nnt sambung lg... wassalam



Riyal bertukar Lira,
8.39 pm,
Al Sadd, Doha

No comments:

Post a Comment

EID MUBARAK AT DOHA, QATAR ~ JUN 2023 (PART 3)

 Assalamualaikum wbt... 27  Jun 2023... Hari ni lepak rumah je sebab kami semua puasa hari Arafah.. memandangkan walid berbuka kat office sb...